Shalom,
Ini ialah cell group Tiberias yang telah diadakan di rumah Pemancha Jerry pada 28 November 2008. Have a look..
Shalom,
Labels: cell group
Shalom rakan-rakan,
Labels: cell group
Labels: cell group
Shalom rakan-rakan! Disini saya ingin berkongsi info ini. Diadaptasi dari renungan harian kita
Labels: renungan
7th Nov 2008, we had our cell group at Mr & Mrs Alvin's house. All members were there except Wel & family due to personal hindrance. Here, I want to share testimonies from the members. As "Amazingtres" said in the welcome note, this blog is God's another way to bless others. Enjoy reading and be blessed.
1. Emma
Pada bulan lepas (Oct), saya mengalami sedikit masalah dalam kewangan..kebetulan pula bulan itu isteri abang saya telah melahirkan anak,jadi abang saya sendiri mempunyai banyak urusan yang harus dilangsaikan jadi saya terpaksa membayar sewa rumah dan bil-bil lain seorang.. saya rasa saya sangat kesempitan wang..saya berfikir '' kalau macam ni,apa sy nak makan??"
Pada 31Okt-2Nov, Syarikat dimana saya bekerja mengadakan satu pameran dan saya terlibat dengan aktiviti itu.. Ia berlangsung selama 3hari.. upah yg akan diberi oleh ketua pameran itu saya sendiri tidak pasti berapa banyak, tapi apa yang saya imankan adalah di antara RM150-200 sahaja..
Pada 4Nov,ketua pameran itu memanggil semua pekerja yang terlibat dengan pameran tersebut untuk memberikan upah yg sepatutnya..Ini merupakan satu mukjizat,upah yang dia beri itu jauh lebih banyak daripada jumlah yg saya jangkakan.Dia memberi kami upah sebanyak RM400/orang..Itu sudah lebih daripada cukup untuk menampung keperluan harian saya..Puji Tuhan,Dia tidak pernah membiarkan kita..Dia adalah ALLAH yg mencukupkan.
2. Joshua
Pada hari Rabu yg lalu(5Nov) kawan saya mengajak untuk makan bersama..Duit saya dalam dompet hari itu hanya RM5..tapi dengan selamba saya menjawab "OK".
Sesampai di restoran saya agak terkejut sebab semua harga makanan yang dijual adalah atas 5ringgit..Saya berfikir "Aduh!!!macamana ni,duit tak cukup..macamana mau bayar? terus, kalau saya pura2 tidak mahu makan,malu pula..kantoi tiada duit..hehe"
Sejenak saya berfikir,tiba-tiba kawan saya berkata " hari ini saya belanja makan."
Wahh!!! Leganya hati saya dan terus bersyukur pada Tuhan kerna DIA tahu apa yang saya perlukan waktu itu.
3. Bibie
Satu hari, saya dalam perjalanan balik ke rumah selepas habis mengajar. Sesampai di persimpangan jalan menuju ke rumah saya, tiba-tiba sebuah van berhenti dan mempelawa saya untuk menaiki van tersebut. Saya sangat takut. Saya tidak menghiraukan pemandu van tersebut dan terus berjalan menuju ke rumah saya. Dalam hati saya, saya berdoa kepada Tuhan agar DIA melindungi saya. Puji Tuhan tidak berlaku apa-apa dan saya tahu Allah itu adalah Allah yang melindungi kita. Amen.
4. Alip
Minggu ini, saya menerima panggilan dari sebuah syarikat "Training Provider". Mereka mengesyorkan pelbagai jenis training dan cuba untuk menarik minat saya untuk memilih mereka sebagai penyedia latihan di syarikat di mana saya bekerja. Apa yang mengejutkan, mereka cuba menyogok saya dengan wang, dengan cara menaikkan kos latihan sebanyak RM1000 dari kos sebenar . Dia berjanji akan memberikan wang sebanyak RM1000 itu kepada saya selepas syarikat saya membayar kos latihan tersebut. Puji Tuhan, DIA mengingatkan saya dengan firman-Nya dalam 1 Tawarikh 29:17 " Aku tahu, ya Allahku, bahwa Engkau adalah penguji hati dan berkenan kepada keikhlasan.. " Saya menolak tawaran mereka. sesungguhnya, ALLAH itu berkenan kepada INTEGRITY kita. Marilah kita memuliakan TUHAN dengan segala sesuatu yang kita lakukan.
5. Tracy
Bulan September yang lepas, saya telah menghantar permohonan untuk berpindah bertugas ke Sarawak. Saya dan suami telah berdoa dan berserah sepenuhnya kepada kehendak Tuhan. Hari ini, disebabkan PC di rumah mengalami sedikit masalah teknikal, saya tidak dapat online dan saya meminta Alvin untuk menyemak keputusan dari officenya. Tengah hari tadi, dia memberitahu saya bahawa permohonan saya telah diluluskan. Ini merupakan satu mujizat kerna biasanya, permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya kita mempunyai alasan yang kukuh untuk memohon perpindahan. Walau bagaimanapun, fikiran saya bercelaru. Sebenarnya, saya dan kawan saya telah merancang untuk further study di UPM. Tambahan pula pelayanan di sini sangat banyak dan kelihatannya, masih banyak yang perlu disiapkan. Sejak mendengar berita tersebut, saya banyak termenung dan timbul keinginan untuk menolak tawaran berpindah tersebut. Walau bagaimanapun, saya tahu rencana Tuhan itu indah pada waktunya. Saya yakin, Tuhan telah merencanakan yang terbaik untuk kami di Sarawak. Puji TUHAN kerana DIA adalah Allah yang menjawab doa kita sesuai dengan waktuNya.
6. Nelson
Sepanjang minggu ini, saya sangat letih di tahap "dewa". Saya habis bekerja agak lewat, kemudian saya harus menghantar isteri saya untuk berjumpa klien. Semua urusan hanya akan habis lewat malam, dan balik ke rumah pada tengah malam. Disebabkan terlalu penat dan kekurangan tidur, pernah beberapa kali saya tertidur semasa memandu. Pada satu malam, kami dalam perjalanan balik ke rumah, waktu itu sudah tengah malam, isteri dan anak-anak sudah tertidur di dalam kereta. Saya tidak sedar bahwa saya tertidur semasa memandu. Kali pertama saya terbangun, kereta saya berhenti betul-betul di persimpangan jalan menuju ke rumah kami. Saya sangat hairan, bagaimana saya memandu sampai ke tempat itu sedangkan saya tertidur. Saya langsung tidak sedar apa yang berlaku. Kemudian, saya meneruskan pemanduan saya dan tertidur lagi. Kali kedua saya tersedar, kereta saya berhenti didepan tembok, di mana, jalan yang saya lalui itu adalah jalan mati dan sekiranya saya terus memandu, kami akan terlanggar tembok tersebut. Saya sangat terkejut. Saya seterusnya memandu sampai ke rumah. Setelah sampai di rumah, saya menceritakan hal itu kepada isteri saya. Apa yang berlaku memang ajaib. Kalau bukan Tuhan yang memimpin dan melindungi saya dan keluarga, saya tidak dapat bayangkan apa yang telah terjadi kepada saya dan keluarga saya. Puji TUHAN, DIA ALLAH yang MELINDUNGI kita dengan caraNya yang kita tidak pernah terbayangkan.
Thank GOD. HE IS TRULY GOOD and AMAZING. HE is always there every single time we need HIM.
There are many more testimonies. Will post them next time. GOD BLESS!
Labels: cell group
Shalom! Welcome to Tiberias Cell Group's Blog! :)
Thank God... Tiberias Cell Group has moved to another level in fellowship.
Labels: Welcome
SHALOM and welcome to Tiberias Fellowship Puchong blogspot! |
Copyright © 2007 - Tiberias Fellowship - is proudly powered by Blogger
Illacrimo - Design of Design Disease
- To blogger by Blog and Web