Shallom semuanya... setelah sekian lama menyepi, beberapa aktiviti Tiberias Fellowship untuk di kongsikan bersama..
31 Dec 2008, Tiberias menyambut Tahun Baru 2009 di rumah Jerry. Detik 12am, 010109 kami nantikan dengan hidangan BBQ yang sangat sederhana. Ahli jemaat gereja yang lain turut menyambut tahun baru 2009 bersama dengan kami. Puji Tuhan atas berkat dan kasih-Nya sehingga kami masih mempunyai kesempatan untuk melangkah ke tahun yang baru...


Zhakius.. memanggang daging ayam dengan penuh semangat

Inilah makanan yang sempat disediakan...

Makan time...

Beryl steady...

Detik menunggu 12am

Noni dan Godpray.. mereka baru sampai.. nasib baik makanan belum habis :-)

Sesi berborak

2nd round??

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
30 Jan 2009, fellowship kami diadakan di rumah Wel. Malam ini sangat istimewa kerna kami ada pelawat dari cell group lain iaitu Pst Waco dan keluarga. Pst Waco merupakan pengkhotbah jemputan kami.
Firman Tuhan yang dikongsikan diambil dari Yohanes 15:16.
"Bukan kamu yang memilih Aku tetapi Akulah yang memilih kamu. Dan Aku telah menteapkan kamu supaya kamu pergi dan menghasilkan buah dan buahmu itu tetap, supaya apa yang kamu minta kepada Bapa dalam nama-Ku, diberikan-Nya kepadamu"
Tema: Apa yang kita minta dalam nama Tuhan pasti akan dijawab.
Terdapat tiga jenis jawapan dari Tuhan untuk setiap doa dan permintaan kita iaitu Tidak, Tunggu dan Ya. Tuhan itu pasti menjawab doa kita sesuai dengan rencana-Nya kepada kita. Pertolongan Tuhan itu tidak pernah terlambat. Dia lebih tahu keperluan kita kerna Dia melihat masa depan kita.
Kesaksian-kesaksian yang sempat dikongsikan bersama. Semuanya mengenai kebaikan Tuhan dalam hidup masing-masing:
Deborah : Bersyukur untuk kenaikan gaji dan Angpow. Walaupun sedikit tetapi bersyukur kerana itu adalah berkat Tuhan.
Emma: Bersyukur untuk Bonus. Walaupun ekonomi teruk tetapi masih ada Bonus.
Angel: Baru menegetahui tentang penyakit yang dihadapinya tetapi dia bersyukur untuk kekuatan yang Tuhan berikan. Percaya bahawa Tuhan akan menjaga dan menyembuhkan penyakitnya.
Pst. Waco : Bersyukur untuk Bonus. Walaupun dia membiarkan amaun bonusnya kosong dalam proposal tetapi bosnya masih memberikannya bonus.
Jerry : Bersaksi tentang "menabur dan menuai". Dia menekankan bahawa, apa yang kita tabur di dunia ini, itulah yang kita akan tuai kemudian. Taburlah kebaikan maka kamu akan menuai berkat.
Peter : Membaca ayat di dalam Galatia 6:8-10 "..Siapa yang menabur dalam daging akan menuai kebinasaan, tetapi siapa yang menabur dalam roh akan menuai hidup yang kekal. Jangan jemu berbuat baik kerana waktunya akan tiba kita akan menuai. Selama masih ada kesempatan, berbuatlah baik kepada semua orang..terutama saudara seiman."
Alip: Bersyukur kerna Tuhan itu sangat baik. Walaupun sudah berhenti di syarikat lama tetapi masih diberikan bonus oleh bos malah mendapat gold bracelet dari syarikat tersebut.
Jess : Bersyukur untuk Angpow. Walaupun masih baru bekerja dengan syarikat tempatnya bekerja tetapi bos tidak mengecualikan dia untuk mendapat Angpow. Puji Tuhan.
Kesimpulan: Tuhan itu baik. Dia mengerti keperluan kita. Dia memberi tepat pada masanya. Amen

Pst. Waco, Deborah, Emma & Beryl
Zack, Ahseng, Wel, Jerry, Debbie & Jessyta
Angel sedang sharing tentang kesaksiannya
Christila dan Marchilina - New member of Tiberias

Beryl sedang mendengar khotbah

Beryl beraksi..

Terkejut tengok auntie Emma...

Gambar Cell Group Tiberias 28 November 2008

Shalom,

Saya tak begitu expert recap semua sharing macam ibu pastor Alip. So, saya hanya dapat menyumbangkan melalui koleksi gambar yang saya ada. :)
Ini ialah cell group Tiberias yang telah diadakan di rumah Pemancha Jerry pada 28 November 2008. Have a look..
Beryl & Obee.
Sama tapi tak serupa

Pria sejati :)


Beryl's 1st attempt standing

Beryl 2nd attempt. Berjaya!! hehe


Pria Tiberias

Wel mula bercerita...tanya dia apa dia cerita. Lawaks

Wanita Tiberias

Gaya seorang bapakkkkkk (ikut slang Magel) hihihi

Angelina Jolie konon

Wanita Tiberias

7th November 2008

Shalom rakan-rakan,

Gambar ini ialah semasa cell group Tiberias diadakan di rumah Mr & Mrs Alvin. Bila? 7 November 2008, Jumaat. Sharing sudah dipost Ibu Paste Alip minggu lalu. Pada sesi ini banyak sharing oleh anak-anak Tiberias seperti didalam post sebelum ini.
Gambar kali ini best sebab kami ada photograher khas untuk Tiberias. ehem...sori yek. :) Thanks to Joshua for these beautiful pictures. So, tunggu apa lagi... jom tengok sekarang.

before mula

ketua kelas Tiberias bersyair... :)


ini dia Pemancha Tiberias :)

Peter & anak pemancha hehehe...

semua happy! kenapa?? tanya lah mereka.

aduh....tersepit indai beryl

isaiah dan daddy isaiah

tuta posing... tapi daddy dia mau juga interframe

our waitress... eh silap.. toklah Bibie.

emma & bibie 'curi' anak orang :)

Beryl says, "look at me!"

pulai kitak wai.. bye!!

ketua kelas pastikan semua anak buah selamat balik

Tiberias Fellowship - 28 Nov 2008

Hello everyone.. Pada 28 November 2008, Tiberias Fellowship telah mengadakan kelompok sel di rumah Pemancha Jerry. Kami sangat diberkati dengan persekutuan tersebut.

Alip telah memimpin pujian dan penyembahan dengan membawa lagu "Bertemu dengan saudara", "Satukanlah hati kami" dan "Yang Terutama". Kemudian diikuti dengan sharing oleh beberapa orang. Berikut adalah perkongsian dari beberapa orang yang sempat kami rakamkan:-
Jerry
Perumpamaan tentang Terung Iban.
Saya telah menanam terung iban di belakang rumah saya. Saya menjaganya dengan sangat baik dan membajainya sehingga ia menghasilkan buah. Di antara semua pokok terung tersebut, ada sebatang pokok yang berbuah dengan lebat. Tetapi, apa yang menghairankan saya, terung itu semakin hari semakin layu dan akhirnya mati sebelum buah-buahnya menjadi matang.

Dalam hal ini, Tuhan mengingatkan saya tentang kehidupan rohani kita. Dalam pelayanan kita, kelihatannya kita sangat sibuk, sangat berhasil dan sangat di pakai Tuhan dalam pelayanan kita. Tetapi, kadang-kadang, kita menjadi terlalu sibuk dengan pelayanan sehingga akhirnya kita lupa tentang hubungan kita dengan Yesus. Ini membuatkan kehidupan rohani kita menjadi semakin lemah dan menjadi mati.

Oleh itu, kita harus sering memperhatikan kehidupan rohani kita dan hubungan kita dengan Tuhan. Kita harus ingat akan kasih kita yang semula dengan Yesus agar hubungan kita dengan DIA selalu terpelihara dan kita akan tetap berhasil dalam kehidupan kita.
Peter
Kasih
Peter berbicara tentang kasih di mana kasih adalah elemen yang paling penting di dalam kehidupan kita. Yesus juga mengajar kita tentang mengasihi Yesus dan mengasihi sesama manusia seperti kita mengasihi diri kita sendiri.
Dalam 1 Petrus 4:8 "Tetapi yang terutama: kasihilah sungguh-sungguh seorang akan yang lain, sebab kasih menutupi banyak sekali dosa"
Wel
Kesempatan
Wel berkongsi tentang kesempatan. Kehidupan manusia sangat pendek. Kita tidak akan tahu bila masanya Tuhan mahu memanggil kita kembali kepada-Nya. Oleh itu, kita harus mempergunakan kesempatan yang kita ada sebaik-baiknya.
Galatia 6:10. " Karena itu, selama masih ada kesempatan bagi kita, marilah kita berbuat baik kepada semua orang, tetapi terutama kepada kawan-kawan kita seiman.
Marilah kita pergunakan segala kesempatan yang ada untuk memperoleh keselamatan dan untuk berbuat baik kepada semua orang.
Alip
Blog
Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan adanya blog, kita mempunyai satu lagi cara untuk menyebarkan kesaksian tentang berkat dan kebaikan Tuhan. Saya bersyukur kerana dapat mengenal beberapa orang melalui blog dan itu merupakan satu berkat dan kekuatan bagi saya setiap hari.
Saya mengenal Lori melalui blog dan sangat dikuatkan dengan perkongsiannya saban hari. Melalui Lori, saya mengenal beberapa orang lagi iaitu Paige dan Robin. Kesaksian-kesaksian mereka benar-benar menjadi kekuatan pada waktu saya memerlukan kekuatan.
Saya percaya, dengan adanya blog "Tiberias Fellowship", Tuhan akan memperginakan member Tiberias Fellowship untuk memberkati pembaca di luar sana. Seperti kata Ibu Pastor Tracy, " BLOG IS GOD'S ANOTHER WAY TO BLESS OTHERS".
Tracy
Blog
Tracy menyambung apa yang dikatakan oleh Alip. Dia pernah mendapat komen di dalam shout boxnya dari Randy (Guess). Dia berkata bahawa, sangat jarang orang-orang Malaysia mem"post"kan sebarang perkongsian di dalam bahasa.
Oleh itu, marilah kita terus memuatkan apa-apa perkongsian dan kesaksian di dalam blog ini untuk memberkati orang lain.


Akhirnya, kami ingin mengongsikan beberapa gambar untuk tatapan kita semua.
Magurl, Beryl, Obie dan TresC

Sharing Time - Wel with Lil Obie and peter

Bibie dan Beryl

Jessyta dan Obie

Bos Tiberias - Alvin, Pemancha Jerry dan Ibu Pastor Tresc

Ayam masak kicap (Recipe from Chef Bibie)

Hotdog Goreng (Recipe from Chef Jessyta)

Mee Hoon Goreng (Recipe from Chef Ibu Pastor TresC)

Buah Nenas

Kangkung Belacan dimasak oleh Chef Ivy Eumora

Maggie Goreng dimasak oleh Chef Pemancha Jerry

Daging Kambing Masak Kari Limited Edition Recipe From Pemancha Jerry
P/S : Ahli-ahli yang tidak sempat bersama dengan kami pada malam tersebut adalah Emma, Ah Seng and Family due to unavoidable problem..