Shallom semuanya... setelah sekian lama menyepi, beberapa aktiviti Tiberias Fellowship untuk di kongsikan bersama..
31 Dec 2008, Tiberias menyambut Tahun Baru 2009 di rumah Jerry. Detik 12am, 010109 kami nantikan dengan hidangan BBQ yang sangat sederhana. Ahli jemaat gereja yang lain turut menyambut tahun baru 2009 bersama dengan kami. Puji Tuhan atas berkat dan kasih-Nya sehingga kami masih mempunyai kesempatan untuk melangkah ke tahun yang baru...


Zhakius.. memanggang daging ayam dengan penuh semangat

Inilah makanan yang sempat disediakan...

Makan time...

Beryl steady...

Detik menunggu 12am

Noni dan Godpray.. mereka baru sampai.. nasib baik makanan belum habis :-)

Sesi berborak

2nd round??

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
30 Jan 2009, fellowship kami diadakan di rumah Wel. Malam ini sangat istimewa kerna kami ada pelawat dari cell group lain iaitu Pst Waco dan keluarga. Pst Waco merupakan pengkhotbah jemputan kami.
Firman Tuhan yang dikongsikan diambil dari Yohanes 15:16.
"Bukan kamu yang memilih Aku tetapi Akulah yang memilih kamu. Dan Aku telah menteapkan kamu supaya kamu pergi dan menghasilkan buah dan buahmu itu tetap, supaya apa yang kamu minta kepada Bapa dalam nama-Ku, diberikan-Nya kepadamu"
Tema: Apa yang kita minta dalam nama Tuhan pasti akan dijawab.
Terdapat tiga jenis jawapan dari Tuhan untuk setiap doa dan permintaan kita iaitu Tidak, Tunggu dan Ya. Tuhan itu pasti menjawab doa kita sesuai dengan rencana-Nya kepada kita. Pertolongan Tuhan itu tidak pernah terlambat. Dia lebih tahu keperluan kita kerna Dia melihat masa depan kita.
Kesaksian-kesaksian yang sempat dikongsikan bersama. Semuanya mengenai kebaikan Tuhan dalam hidup masing-masing:
Deborah : Bersyukur untuk kenaikan gaji dan Angpow. Walaupun sedikit tetapi bersyukur kerana itu adalah berkat Tuhan.
Emma: Bersyukur untuk Bonus. Walaupun ekonomi teruk tetapi masih ada Bonus.
Angel: Baru menegetahui tentang penyakit yang dihadapinya tetapi dia bersyukur untuk kekuatan yang Tuhan berikan. Percaya bahawa Tuhan akan menjaga dan menyembuhkan penyakitnya.
Pst. Waco : Bersyukur untuk Bonus. Walaupun dia membiarkan amaun bonusnya kosong dalam proposal tetapi bosnya masih memberikannya bonus.
Jerry : Bersaksi tentang "menabur dan menuai". Dia menekankan bahawa, apa yang kita tabur di dunia ini, itulah yang kita akan tuai kemudian. Taburlah kebaikan maka kamu akan menuai berkat.
Peter : Membaca ayat di dalam Galatia 6:8-10 "..Siapa yang menabur dalam daging akan menuai kebinasaan, tetapi siapa yang menabur dalam roh akan menuai hidup yang kekal. Jangan jemu berbuat baik kerana waktunya akan tiba kita akan menuai. Selama masih ada kesempatan, berbuatlah baik kepada semua orang..terutama saudara seiman."
Alip: Bersyukur kerna Tuhan itu sangat baik. Walaupun sudah berhenti di syarikat lama tetapi masih diberikan bonus oleh bos malah mendapat gold bracelet dari syarikat tersebut.
Jess : Bersyukur untuk Angpow. Walaupun masih baru bekerja dengan syarikat tempatnya bekerja tetapi bos tidak mengecualikan dia untuk mendapat Angpow. Puji Tuhan.
Kesimpulan: Tuhan itu baik. Dia mengerti keperluan kita. Dia memberi tepat pada masanya. Amen

Pst. Waco, Deborah, Emma & Beryl
Zack, Ahseng, Wel, Jerry, Debbie & Jessyta
Angel sedang sharing tentang kesaksiannya
Christila dan Marchilina - New member of Tiberias

Beryl sedang mendengar khotbah

Beryl beraksi..

Terkejut tengok auntie Emma...

1 comments:

Tres Elle said...

send our regards to all Tiberias and Grace Church members! God bless u all.